Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai
lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi
Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita.
Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan
kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini
membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan
dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran
Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan
bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan
Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu
mereka, cthnya seperti Uwais
Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum
wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada
wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri
dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat
baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli
keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik
terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap
keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan
orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat
Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik
daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di
dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita
di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik
daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah
itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan
ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan
cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan
berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin
berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah,
sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini
menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih
baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah
itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah
ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah
sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya
hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari
kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas
dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan
wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As
syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam
hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus
ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan
dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia
mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang
memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan
layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan
berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga
boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita
boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu
terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari
pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh
kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan
Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman.
Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang
digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa
dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada
hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana
syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah
menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya
untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan
dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian
dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa,
oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah
wanita yang solehah.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3605-ciri-ciri-wanita-solehah.html
0 komentar:
Posting Komentar